CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 5 December 2012

macam maner nak ajar matematik pra sekolah


Maklumat ni copy n paste sebagai panduan bersama untuk guru macam saya dan juga bakal2 guru dan tidak lupa ibu2 diluar sana yang nak anak die pandai math kan.selain daripada itu, mungkin ape yang kita ajar kat malaysia berbeza sket dari yang kat luar negara yek...ape2 pun bagus utk kite share yek!

Kredit sket kat : http://www.wikihow.com/Learn-Math-in-Preschool




Every child is unique and hence the best way for them to learn math in preschool depends on their innate aptitude and the level of interest that they demonstrate in this subject. What math teachers must do is nourish, develop and refine this aptitude and interest by creating an atmosphere that encourages learning and using activities that are effective and engaging. Parents should also try to use the methods used by preschool teachers so the child can continue to learn at home.

Steps

What Does Preschool Math Consist Of?
Gain understanding of the basic categories within the subject of math that are taught in preschool. Although preschool curricula can change and new math topics may be added in future, most preschools have the following topics included in their syllabus.

Ø  Geometry: students learn about shapes such as square, circle and triangle.
Ø  Math language terms: understanding equations and terms such as "add," "subtract" and "equal to."
Ø  Measurement: learning to measure distance, length, width and quantities.
Ø  Number sense: understand what numbers mean and their value (for example, how many is 6 or 10).
Ø  Space and location: what it means to be near, far, behind or ahead of something else.

Math Teaching Methods

Focus on different math skills that need to be developed to help the child learn math in preschool. Math teachers often use teaching methods that focus on 1 skill area at a time during early learning stages so the child develops a clear concept of how to differentiate between different tactics used to solve math problems.

Geometry
1.       Tell students the names of different shapes and then ask them to repeat them.
2.       Have students join shapes to create new shapes. Ask the student the name of the final shape and the smaller shapes used to create it.
3.       Increase the accuracy of the students' understanding of shapes by having them draw the shapes on blank paper.

Math Language Terms

1.       Use math language terms such as "add" or "subtract" while talking or singing to children.
2.       Read books or show videos that demonstrate how a person can get more of something by adding, or less than something by dividing.
3.       Give 2 students a different number of toys and then ask them to share so they both have an equal number of toys.

Measurement

1.       Offer the child a collection of similar toys but of different colors (for example, some yellow and some green toy cars). Ask the child how many he or she has of each color.
2.       Think of a number and ask the student to guess what it is by giving clues. For example, you could say that the number is between 3 and 8.

Number Sense

1.       Count the days to the next school holiday on a calendar.
2.       Draw a number line (a line with numbers to create a basic scale).
3.       Show the student 4 playing blocks. Then mix them with the other blocks and ask the student to take out 4 blocks. Repeat with different numbers.

Space and Location

1.       Ask the child to point to things that are near or far.
2.       Sing songs that describe concepts such as up and down, before and after, or in and out.

Tips

Preschool math should not be taught only during math class. Preschool teachers can also teach math skills during other subjects, such as art, by having them draw different shapes. This helps the student develop an understanding of how different subjects are related and offers a more unified learning experience.
Parents and teachers should communicate frequently to discuss the child's interests and development.

sources

Wednesday 28 November 2012

aktiviti tambahan

Count and Circle Worksheet 1

Colors and Shapes Worksheet 4
Primary Colors and Basic Shapes Worksheet
Dragonfly Color-by-Number Worksheet

ni contoh2 yang boleh kite share untuk ank murid kite...worksheet ni sungguh menarik! jom
kat cni saya sertakan alamat web yang sesuai sebagai rujukan tambahan untuk P&P

http://www.fun2write.com/numbers.shtml
http://www.fun2write.com/shapes.shtml
http://www.fun2write.com/size.shtml
http://www.fun2write.com/maths.shtml

Klik jgn tak klik tau!!!

perancangan aktiviti


Topik :  Pengelasan
Tema:  Tumbuh-Tumbuhan
Tajuk: Mengelaskan Daun
Kandungan : Mengelaskan Objek
Hasil pembelajaran : mengelaskan objek mengikut satu ciri :
a)      Warna
b)      Saiz
c)      Bentuk
Aktiviti:
a)      Murid dibawa keluar kelas untuk mengumpul pelbagai jenis daun yang dijumpai.
b)      Murid mempamerkan daun.
c)      Murid mengelaskan daun mengikut satu cirri, sama ada berasaskan warna, saiz atau bentuk.
d)     Murid menampilkan daun yang telah dikelaskan mengikut satu ciri tadi di atas kertas mahjung.
e)      Perbincangan diadakan berdasarkan hasil kerja murid yang dipamerkan.



Rajah 1 : pengelasan mengikut warna daun yang sama




Rajah 2: pengelasan mengikut saiz daun yang sama



Rajah 3: pengelasan mengikut bentuk daun yang sama

Rancangan Mengajar Bertema


Rancangan mengajar harian

Topik: padanan satu dengan Satu
Tema: pakaian
Kandungan: memadan objek
Hasil pembelajaran:memadan objek mengikut
1         1. Bilangan pasangan yang cukup
2         2. Bilangan pasangan yang tidak cukup

Aktiviti 1: Bilangan Pasangan Yang Cukup

a       1. Guru akan menyediakan tiga penyakut baju dan tiga helai baju
b       2.  Murid akan diminta untuk menyakut


     Aktiviti 2: Bilangan Pasangan Yang Tidak Cukup.

a   1. Guru menyediakan tiga penyangkut dan daun helai baju. 
       2. Guru meminta murid menyangkut baju ke penyangkut yang disediakan





       3. Guru bersoal jawab dengan murid.


  
    Rumusan
    Guru memberitahu murid bahawa terdapat objek yang tidak berpasangan disebabkan jumlah objek itu terlebih atau terkurang daripada pasangannya.

    Pengukuhan

    Guru mengadakan beberapa aktiviti lain seperti memadankan garpu dengan sudu bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid.


Saturday 24 November 2012

Thursday 22 November 2012

pra nombor in english > grouping

Grouping Objects

1.Colour



learning outcomes : Grouping objects according to colour

2. SIZE

learning Outcome: Grouping objects according to size


3. SHAPE

Round
Learning Outcome: Grouping objects according to sahape




Activity 1

Materials: Red and blue buttons, marbles and flowers
Instructions:
1. Teacher distributes a few red and blue buttons of different shapes and sizes to each student.



2. Each student groups the buttons according to their colours.


3. Repeat this activity with materials such as marbles and flowers.


Activity 2

Materials : 1 cm buttons, 2cm buttons, spoons and blocks
Instructions : 
1. Teacher distributes a few buttons of sizes 1cm and 2 cm to each student.


2. Ecah students groups the buttons according to their sizes


3. Repeat this activity with materials such as spoons and blocks.


Activity 3

Materials : candies of various shapes
Instructions : 
1. Teacher distributes candies of various shapes to each student.


2. Ecah students groups the candies according to their shapes
3. The student who is the first to group the candies correctly is the winner.




Thursday 15 November 2012

Counting Numbers 1 - 10

Pengenalan


Awal matematik
Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid dalam memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran matematik diperingkat awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik dan menganggapnya ianya sesuatu yang sungguh menyeronokkan.


Konsep awal matematik di peringkat prasekolah terahagi kepada :
  1. pranombor
  2. nombor
  3. pengukuran
  4. konsep masa
  5. konsep ruang
1.      PRANOMBOR
Terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu :
Ø  pengelasan
Ø  perbandingan
Ø  seriasi
Ø  padanan satu dengan satu
Ø  pola
Ø  keabadian

Pengelasan

Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:
v  Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)
v  Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
v  Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
v  Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)

Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.


 Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor.
Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap;
· Memilih dan membanding,
· Mengumpul,
· Memilih semula,
· Mengasingkan kumpulan, dan
· Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.


Perbandingan


Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.


Contoh perbandingan: membandingkan
1) Ukuran
– Panjang : pendek
– Tinggi : rendah
– Tebal : nipis
2) Saiz
– Besar : kecil
3) Berat
– Berat : ringan
4) Bilangan / kuantiti
– Banyak : sedikit
5)Jenis objek



Seriasi

Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.


Contoh seriasi:
> Menyusun mengikut pola urutan
   Kecil – besar, nipis – tebal, rendah – tinggi, pendek – panjang, sempit – luas.
> Menyusun objek mengikut ciri


Padanan Satu dengan Satu


Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.


Contoh padanan satu dengan satu;
> Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
> Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu.
> Memadan bilangan yang sama.
> Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.


Pola

Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid;
> Meniru pola,
> Menyambung pola,
> Melengkapkan pola, dan
> Membina pola sendiri.


Keabadian

Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.




2.         NOMBOR


Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks. Nombor boleh dipecahkan kepada :
Ø  membilang
Ø  konsep nombor
Ø  operasi nombor


Membilang


Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan. 4 prinsip ini adalah;
> Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor,
> Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1, 2, 3,... dan seterusnya,
> Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang, dan
> Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-mana
kedudukan.


Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip
tersebut.


Konsep Nombor

Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.
Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai 4 ciri penting iaitu;
- Nilai tempat – kedudukan digit mewakili nilai tertentu.
- Asas sepuluh – bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan.
- Penggunaan sifar – Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud.
- Mempunyai nilai tambah
- Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.


Operasi Nombor

Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu. Manakalan konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya. Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;
- Membilang – berdasarkan 4 prinsip membilang secara rasional.
- Pengalaman konkrit – operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol.
- Konteks penyelesaian masalah
- Satu situasi penyelesaian masalah diberi.
- Penggunaan bahasa yang betul
- Bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna.


Operasi nombor terbahagi kepada 2 iaitu :


(a) Operasi Tambah
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.


Contoh:
- Menggunakan objek konkrit.
- Menggunakan bahasa yang betul.  Contohnya Tiga tambah lima sama dengan lapan.
- Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
- Menggunakan simbol untuk mewakili operasi tersebut. 3 + 5 = 8


(b) Operasi Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:
- Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.


- Membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan
melibatkan perbezaan.


- Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal. Nyatakan berapa yang perlu ditambah kepada 3 untuk mendapat 8. ?+ 3 = 8


3.         PENGUKURAN


Pengukuran adalah satu proses di mana satu nombor diberikan kepada ciri (attribute) (contohnya panjang, berat, kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa) sesuatu objek atau peristiwa. Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan, perbandingan dan turutan.


Proses aktiviti pengukuran biasanya perlu melibatkan kanak-kanak merekodkan ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran yang dilakukan. Dua jenis unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu;
- Arbitrari (arbitrary) – contohnya: jengkal, paper clip, tapak kaki, langkah.
- Unit piawai seperti;
  • sentimeter - panjang
  • liter - isipadu
  • kilogram - berat
  • meter persegi - luas
  • darjah celcius - suhu
  • meter padu - isipadu

Terdapat beberapa peringkat untuk mengajar pengukuran iaitu:
- Mengenalpasti ciri (attribute) dengan membandingkan objek secara:
- Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih.
- Cari bilangan unit seperti;
> Persepsi – perbandingan persepsi tentang panjang (bandingkan dua objek yang mana lebih panjang atau
adakah ia sama panjang)
> Secara langsung – guru menyediakan beberapa bahan konkrit seperti klip kertas, krayon, thumbtack dan lain-lain. Kemudian ukur secara terus dan buat perbandingan.
> Secara tidak langsung – berasaskan sesuatu rujukan, murid menggunakan tali untuk mengukur bahan panjang. Tali bertindak sebagai bahan pengukur.
>Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih.
>Cari bilangan unit seperti;
> Membilang menggunakan instrumen tertentu seperti pembaris, jangka suhu, penimbang dan kalendar.
> Menggunakan rumus (formula).
- Laporkan bilangan unit.


5.         KONSEP MASA

Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu;
· Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku).
· Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).


Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir. Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun.  Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah :


- Tempoh Masa (duration) terbahagi kepada pengalaman satu, pengalaman dua dan pengalaman tiga.
*Pengalaman Satu
Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat. Contoh:
· apabila muzik dimainkan, murid mula bertepuk tangan dan berhenti apabila muzik dihentikan.
· kerusi berirama (musical chair)
· statue dance
*Pengalaman Dua
Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan.  Contoh: Pantas, lambat
· Berjalan pantas.
· Berlari dengan perlahan
*Pengalaman Tiga
Membuat perbandingan mengikut sela masa (time interval).  Contoh:
· Masa yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan air atau pasir.
· Kadar denyutan nadi dalam satu minit.


- Turutan
*Pengalaman Empat
Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa tertentu. Contoh:
– Dari bayi kepada kanak-kanak kemudian remaja dan dewasa.
– Kitaran hidup rama-rama.
– Kitaran hidup katak.
– Rutin harian.
– Cara-cara membuat sandwich.


6.         KONSEP RUANG

Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang, atas, bawah, sisi, tengah, luar dan dalam. Kedudukan relatif;
· Kedekatan (proximity) – contohnya, kereta itu lebih dekat dengan pokok berbanding rumah.
· Pemisahan (separation)
– Contohnya, rumah Abu dipisahkan dengan rumah Ali oleh sebatang jalan raya.
· Susunan / urutan (order)
– Contohnya, pensel disusun dari pendek ke panjang.
· Lingkungan (enclosure)
– Contohnya, rumah itu dilingkungi oleh pokok-pokok.


Dua pengalaman utama bagaimana kanak-kanak prasekolah membina dan memahami perkaitan ruang.
· Tindakan ke atas objek
(a) Mengisi dan mengosongkan,
(b) Memasang dan meleraikan objek,
(c) Menukar bentuk dan menyusun objek.
Contoh: meregang getah, melonggokkan buku, melipat kertas, kain dan lain-lain lagi. Murid menghasilkan bentuk menggunakan papan geo (geoboard).


Melibatkan pemerhatian dan tafsiran berhubung dengan ruang.
(a) Memerhati orang lain, tempat dan benda daripada titik pandangan ruang yang berbeza.
(b)Mengalami dan menerangkan kedudukan, arah dan jarak di dalam kelas prasekolah dan bangunan di persekitaran.
(c) Mentafsir perhubungan ruang dalam lukisan, gambar dan foto.